Journey of Dakwah.











" Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu menyatakan apa yang tidak kamu kerjakan ? "

Berpegang teguh lah dengan ayat Allah ini.

Beramallah dengan apa yang kita perkatakan.

Tarbiyyah.


Dakwah memang bukan mudah
Tabahlah duhai hati
Kuatlah wahai iman
Teguhlah wahai jiwa

untuk mendapatkan keikhlasan hati memang susah. seperti mencari semut hitam di batu yang hitam pada waktu malam yang sangat gelap.



Amalan yang kita lakukan mesti ada niat. Dan niat itu semata mata kerana Allah. 


Menjadi Daie laluannye sangat payah. Menempuh segala duri yang ada di depan mata. 
Perlu ada hati yang kuat kukuh dan teguh. Dan yang paling teratas sekali adalah IKHLAS untuk melakukannya.




Jauhkan perasaan riyak dalam berjuang di jalan Allah ini. 

ALLAH yang pegang hati kita. PEKUASA dalam setiap sesuatu. Indeed.

 "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah iman bereka, dan kepada Rabb mereka itulah mereka bertawakkal." (QS. Al Anfal [8]: 2)

Jangan pernah berhenti mohon secebis ketenangan dari Dia untuk terus kuat melangkah. Jangan diminta ujian dikecilkan hatta dihapuskan tetapi mintalah sebuah kekuatan. Kerana dari ujian kita mampu belajar. Kerana dari ujian, kita tahu bahawa kita yang dipilih Allah untuk ujian itu. Bukan orang lain, tetapi kita. !

Ya. anggaplah segala ujian yang Allah beri itu sebagai satu anugerah yang tidak ternilai. Dan dari ujian itulah kita baru mahu taqarrub kepada Allah. kita baru sedar yang kita perlukan Dia. 

Kita. langkah dengan lebih jauh untuk mendapat keredhaanNya. 

Every Journey begins with The First Step.







Mari menjadi hamba!


Tahanlah air mata agar tidak tumpah
Pujuklah hati untuk terus tabah
Balutlah hati yang terluka berdarah

Ya ALLAH..
Jangan biarkan diri ini lelah
Jangan hentikan langkah kami dalam berjuang di jalanMU
Jangan biarkan kami penat dengan dugaanMU
Kerana kami ingin redhaMU membaluti kami
Biarkan cintaMU merajai hati kami
Izinkan rahmatMU mengiringi langkah kami menuju syurgaMU
:: Islam2u ::
:: AllahSeeker::

TheJourneyOfDakwah
ServantOfAllah

No comments:

Post a Comment