Muslimah. Sisters in Deen.


Seindah hiasan adalah wanita solehah.

Nak jadi solehah.

Muslimah. Mukminah. Muttaqin.

Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
di sebalik bersih wajahmu
di sebalik tabir diri mu
ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
itu lah sekeping hati yang takut pada Ilahi
memegang pada janji mengabdikan diri



wanita solehah sangat indah. lembut tutur bicara nya. Akhlak yang cantik.
Allah tidak memandang luaran. Allah pandang apa yang ada di dalam hati.

Hati. Allah yang pegang. Allah yang membolak balikkan hati.

Jangan ingat kita beriman pada hari ini, esok kita tetap beriman. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.





4 Golongan lelaki ditarik wanita
 
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
 
PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
 
KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
 
KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
 
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
 


Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."


 





Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas. marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Aminnnnnnn.




…there is a God, there always has been. I see him here, in the eyes of the people in this corridor of desperation. This is the real house of God, this is where those who have lost God will find Him… there is a God, there has to be, and now I will pray, I will pray that He will forgive that I have neglected Him all of these years, forgive that I have betrayed, lied, and sinned with impunity only to turn to Him now in my hour of need. I pray that He is as merciful, benevolent, and gracious as His book says He is "



 



 I cover my HAIR. not my BRAIN



:: Islam2u ::
:: ThatMuslimah ::
ServantOfAllah
JourneyOfDakwah

No comments:

Post a Comment