Berbahagialah !



Kadangkala kita kena hargai apa yang kita ada. 
Lepaskan apa yang telah pergi.
belajarlah untuk redha.
Percaya ada aturan Allah yang lebih baik.

Allah itu dekat, selagi kita tidak menjauh dariNya. 
Dekatilah Allah dengan berkorban untukNya.

Cinta itu indah tetapi bukan mudah, kerana setiap cinta menagih korban... apatah lagi cinta Allah!

Mengorbankan 'perasaan' jauh lebih payah daripada mengorbankan harta, kerana pengorbanan perasaan satu takah dalam perjalanan mengorbankan jiwa! - ustaz Pahrol Mohamad Juoi


Ya. Allah sentiasa ada untuk kita.
Baik kan Allah ? 
Sentiasa di sisi. walau kita sering lupakan Dia. tapi Dia tetap ada untuk kita.

Bila mereka pergi meniggakan kita. Jangan sedih. 
Ada benda baik sedang tunggu di hadapan

Ramai orang yang mencari Allah waktu sedih.
tidak ramai orang mencari Allah waktu gembira.
Allahurabbi . .
Jangan lah kita termasuk dalam "tidak ramai orang " .

Allah tidak menjadikan sesuatu secara kebetulan tetapi dengan tujuan. 
Dalam sunyi ada muhasabah. 
Dalam ramai ada ukhwah.
Dalam sedih ada tarbiah.
Dalam ceria ada mahabbah.



Dalam hati yang selalu marah - marah dan hasad, tidak ada bahagia!

biar orang lain baling batu kat kita.
kita bagi mereka bunga. :)

seperti kekasih kita, Rasulullah SAW tetap bebuat baik kepada orang yang hina baginda. Allahurabbi.

Sangat indah akhlak Rasulullah,
kita ?
bila di cemuh sedikit. cepat melatah.
berbahagialah !

yakinlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang ;)



Jika kita senyum hanya apabila berasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa, tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain... nescaya hidup kita akan ceria!

Senyumlah untuk gembira, bukan senyum hanya apabila gembira.

Jabir ra berkata, "aku melihat Rasulullah sentiasa tersenyum."





Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik... didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi 'siapa kita' ketika melihatnya!

Orang yang baik akan sentiasa dapat melihat kebaikan.

Untuk muhasabah diri samada kita insan yang baik atau sebaliknya ialah dengan menilai rasa hati terhadap insan di sekeliling...

Hanya orang yang baik dapat melihat kebaikan dan bersangka baik, manakala orang yang buruk akan sentiasa melihat keburukan dan bersangka buruk!

Ya Muqallibal qulub . thabbit qluubana 'ala deenik wa'ala too'atik .

Allahumma Rabbi Yassir !


:: Ustaz Phrol Mohamad Juoi ::
:: Allah Seeker ::

~ServantOfAllah~
~JourneyOfDakwah~

1 comment: